Demikianlah kriteria-kriteria dari beberapa sumber rujukan berkenaan ciri-ciri ulama agar kita tidak bermudah-mudah menobatkan seseorang sebagai ulama atau mengangkat perkataan sesiapa sahaja atas tiket gelaran ulama tanpa asas tepat. Bahkan kitalah yang perlu bersama-sama duduk bersimpuh menuntut ilmu kepada para ulama yang memiliki ciri-ciri pewaris Nabi serta berhati-hati kepada sesiapa sahaja yang sering mendabik dada dirinya adalah ulama, terutamanya dalam rangka meraih populariti politik demokrasi. Sedangkan Imam Malik r.a (Wafat: 179H) seorang tokoh dan bintang kepada para ulama dengan tegas berkata, “Aku tidak berfatwa sehinggalah 70 orang (ulama) mengakui bahawa aku layak berfatwa.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 8/96)
Ini menunjukkan bahawa tekun dalam ibadah belum menjamin seseorang itu berada dalam kebenaran, apatah lagi untuk meletakkannya dalam barisan alim ulama.
Pernahkah pula kita menekuni kisah imam Malik bin Anas, imam Ahmad bin Hanbal, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, dan beberapa ulama lainnya yang berfatwa dari dalam penjara? Jika kita perhatikan dari kisah mereka, bukankah ia juga dapat menterjemahkan bahawa kriteria seseorang ulama itu bukanlah semestinya mereka berada di dalam barisan Majlis Fatwa Negara, Dewan Ulama, atau pun menyandang jawatan-jawatan khas hal ehwal agama tertentu di dalam negaranya. Bahkan pernah berlaku pada zaman mereka ini orang-orang yang menyandang jawatan keagamaan adalah kalangan sesat berfahaman Jahmiyah dan Muktazilah yang menyelewengkan begitu banyak perkara agama. sumber
No comments:
Post a Comment