Hapuskan polarisasi kaum demi perpaduan - Lam Thye
KUALA LUMPUR 26 Dis. - Golongan belia perlu memperkukuhkan integrasi kaum selaras dengan konsep 1Malaysia yang mempromosikan perpaduan dan semangat bersatu hati di kalangan rakyat.Ahli Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, golongan muda negara seharusnya mengenali antara satu sama lain dan menjalinkan persahabatan dengan mereka yang berlainan kumpulan etnik.
"Warga belia sepatutnya tidak perlu mengambil kira bahawa seseorang yang duduk di sebelah mereka adalah daripada berlainan kaum dan agama.
"Sebaliknya, mereka harus menyedari bahawa yang duduk di sebelah mereka adalah seorang rakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. utusan
No comments:
Post a Comment