Tuesday, 14 December 2010

Landskap gaya hidup baru orang Malaysia.

Pada tahun 2000, kajian menunjukkan jumlah pengguna Internet di Malaysia hanyalah sekitar 3.7 juta orang dengan kebanyakan lebih tertumpu dalam kalangan orang muda, golongan korporat atau warga ibu kota.
Selepas sedekad ternyata kemajuan dan pemodenan dunia menyaksikan betapa Internet sudah menjadi begitu penting bagi masyarakat negara ini. Kajian World Internet Status menunjukkan Malaysia mencatatkan jumlah pengguna Internet lebih 16.9 juta pelayar atau lebih 60 peratus.
Apa yang pasti, statistik itu memberikan kita satu gambaran landskap gaya hidup baru orang Malaysia.
Sudah menjadi trend generasi moden urban kini memilih untuk membeli-belah secara talian.
Gaya hidup itu dituntut sebagai mudah, menjimatkan masa dan efisien khususnya bagi pelanggan moden yang memilih untuk membeli-belah menjangkaui pilihan sedia ada.
“Apabila generasi moden urban mudah mengakses Internet, mereka mengubah trend klasik. Ini termasuk kerana kemunculan laman sosial yang membangunkan banyak usahawan Internet secara talian,” kata Perunding Teknologi Maklumat, Muhammad Shahriman Samsudin. kosmo

No comments:

Post a Comment