Membuka pekung didada sendiri . Itulah keadaan yang dihadapi oleh Kementerian Pendidikan Negara kerana 191,262 ingkar bayar pinjaman PTPTN . Kenapa ini terjadi ? . Sepatutnya mereka - mereka yang menuntut di Institusi pengajian tinggi tidak layak berkelakuan dan memungkiri janji pembayaran balik kerana mereka sudah di tolong . utusan
Kementerian Pendidikan perlu menyemak kembali apa yang diajar diisikan kepada penuntut sehingga perkara ini terjadi .
Dalam kenyataan ini menunjukan kegagalan Kementerian Pendidikan sendiri mendidik akhlaq dan perangai serta kelakuan penuntut agar menjadi manusia yang bertaqwa . Sikap dan perangai orang yang bertaqwa dan beriman dengan pembalasan dihari akhirat sahaja yang dijamin jujur dan tidak memungkiri janji .
Ini menunjukkan hal - hal keduniaan sahaja yang di yang diajar dan disogokkan kepada penuntut - penuntut dan pelajar . Penuntut inilah merupakan pemimpin - pemimpin korup tajaan kementerian pelajaran dimasa - masa akan datang .
No comments:
Post a Comment