Barisan Nasional (BN) perlu menjadi satu parti tunggal dengan semua parti komponennya dibubarkan untuk diserapkan ke dalam gabungan berkenaan. Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, ia adalah langkah terbaik bagi membolehkan BN terus mendapat mandat daripada rakyat yang kini bersikap terbuka dan mahukan semua parti politik memperjuangkan agenda masyarakat pelbagai kaum.
Beliau turut mencadangkan supaya parti komponen BN meminda perlembagaan masing-masing bagi menerima kemasukan ahli pelbagai kaum dan agama. ''Dengan keahlian pelbagai kaum, pemimpin sesebuah parti sudah pasti tidak akan mempolitikkan isu-isu perkauman dan agama untuk manfaat jangka pendek," katanya.
Ini disokong oleh Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin antara perubahan yang perlu dibuat adalah memastikan bukan semua jawatan utama BN dikuasai oleh pemimpin daripada satu parti sahaja.
''Kita boleh mencontohi tindakan BN pada 1974 yang melantik wakil daripada MCA iaitu Tan Sri Michael Chen sebagai Setiausaha Agungnya.
''Kita kena kembali kepada semangat asal BN iaitu untuk memastikan setiap parti komponen dilayan secara adil dan saksama.
''Kepimpinan BN peringkat negeri juga perlu dilantik daripada kalangan parti komponen lain dan setakat ini saya dapati langkah berkenaan hanya dibuat di dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Sarawak," ujarnya. sumber
Lama kelamaan UMNO mesti akur dengan tuntutan ini . Inilah dasar sebenar satu Malaysia .
ReplyDelete