Wednesday, 22 December 2010

Apakah Sah Apabila Israel Bersumpah ?

Mohamad Nazri berkata, surat bertarikh 19 Ogos 2010 itu yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Brad Staples menyebut bahawa firma itu dilantik pada Jun 2009 oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi kepada kerajaan.
Katanya, surat itu juga menyebut bahawa Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Anwar dalam Dewan Rakyat sebelum ini.
Mohamad Nazri kemudian turut mengemukakan satu akuan bersumpah yang diterimanya daripada seorang penasihat politik yang pernah bertugas dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak dan terlibat mencipta One Israel iaitu Robert M.Shrum. Robert di dalam akuan bersumpah itu turut menafikan bahawa Apco terlibat atau mempunyai sebarang kaitan dengan One Israel.
Mohamad Nazri berkata, akuan bersumpah oleh Robert itu mengukuhkan lagi penafian oleh Apco sendiri berhubung apa yang didakwa Anwar. utusan

No comments:

Post a Comment