KANGAR – Hak-hak suami ke atas isteri teruji di Mahkamah Majistret di sini semalam apabila seorang juruteknik yang sedang dalam proses perceraian menghadapi dua pertuduhan iaitu mencabul dan mencederakan isteri sendiri.
Mazni Othman, 45, seorang juruteknik di sebuah kilang beras di Kuala Perlis dituduh melakukan perbuatan tersebut ke atas isterinya, Roziah Sidi yang berusia 40-an minggu lalu.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di Jalan Tanjung Gelam, Simpang Empat dekat sini kira-kira pukul 10 malam pada 6 Disember lalu. kosmo
No comments:
Post a Comment