MBAH Marijan sudah mati
Mangsa ledakan Merapi
Serapah jampinya tidak menjadi
Gunung api tidak terkunci
Kerana yang berkuasa hanya Ilahi
Bukan tukang tilik dan bomoh jampi. kadir jasin
Sunday, 31 October 2010
Ajaran Sri Rama
Ajaran Sri Rama
by wayang in Kitab & Kidung
Berdasarkan “Serat Rama” atau Ramayana Kakawin, yang disadur oleh pujangga Yasadipura I dan diterjemahkan kedalam Bahasa Indonesia oleh Kamajaya.
Adab Komen Blog
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[Mukadimah – Saya mohon para pembahas berhati-hati dan menghormati Institusi Raja dan undang-undang berkaitan, khasnya Akta Hasutan. Terima kasih.]
[Mukadimah – Saya mohon para pembahas berhati-hati dan menghormati Institusi Raja dan undang-undang berkaitan, khasnya Akta Hasutan. Terima kasih.]
- A KADIR JASIN said...
- KATA PUTUS 1. Minta maaf dan minta faham. Kita nak bincang dan bahas titah Raja-Raja Melayu, bukan nak kutuk Umno, Pas, PKR, DAP atau mana-mana parti; 2. Saya mintalah, jangan fanatik sangat pasal parti; 3. Saya akan buang komen daripada sesetengah pembahas yang tak langsung peduli tajuk, sebaliknya mereka ini mengambil peluang menggunakan semua posting untuk menghentam parti lawan dan memuji perti sendiri; 4. Mintalah bincang ikut tajuk. Kurangkan potong dan tampal propaganda parti; 5. Macam mana nak perkayakan minda kalau terikat dan tertambat dengan politik kepartian yang sempit dan taasub. 6. Saya pun dah fed-up. Maaf cakap. Terima kasih kadir jasin
Risalah Usrah
بسم الله الرحمن الرحيم
PENGERTIAN USRAH
Perkataan USRAH berasal dari kalimah Bahasa `Arab yang bererti keluarga. Penggunaan istilah ini (USRAH), pada umumnya adalah untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan persaudaraan sesama manusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan, suku bangsa atau puak.
Dalam kontek Harakah Islamiyyah: “USRAH bererti satu unit keluarga yang diikat oleh kesatuan `Aqidah ( kesatuan keimanan ), kesatuan pemikiran (fikrah), kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita-cita perjuangan untuk bekerjasama dan bantu-membantu memperkukuhkan jama`ah Islam dari berbagai sudut bagi membolehkan kerja-kerja `amal jama`i dan amal Islami dilaksanakan dengan teratur sehingga tertegaknya Daulah dan Khilafah Islamiyyah.”
Berdasarkan ta`rif di atas dapatlah difahami bahawa USRAH dalam kontek gerakan kita, bukanlah bermakna keluarga dalam pengertian yang sempit dan terbatas kepada ikatan kelompok tertentu. Sebaliknya USRAH yang kita maksudkan adalah keluarga yang diikat dengan ikatan yang lebih kukuh dan lebih khusus.Ikatan yang mengatasi sempadan bangsa dan keturunan. Itulah ikatan `AQIDAH, yang merupakan ikatan yang paling bersih dan paling mulia, kerana `Aqidah inilah yang menjadi kayu ukur bagi menentukan kebenaran sesuatu sistem dan matlamat hidup manusia.
Oleh yang demikian kewujudan setiap unit USRAH dalam jama`ah kita adalah dengan tujuan, cita-cita dan matlamat yang jelas dan terang. Matlamat kita adalah untuk mencapaikan seluruh tujuan keIslaman yang mulia, bagi kemaslahatan dan kebahagian hidup di dunia dan di Akhirat kelak.
Harakah Islamiyyah akan memperolehi keuntungan yang besar jika anggota-anggotanya terdiri dari orang-orang yang mempunyai kefahaman Islam yang baik, memiliki syakhsiyyah yang mulia dan menarik, memahami tata cara bergerak dalam jama`ah Islam, mampu membawa fikrah jama`ah dan yang paling utama ialah berpegang teguh dan beriltizam dengan manhaj pergerakan yang telah diputuskan oleh jama`ah. Memandangkan semua perkara di atas adalah merupakan bekalan dan syarat-syarat yang sangat bermakna kepada jama`ah, maka anggota-anggota jama`ah Islam wajib mengambilnya secara langsung dari pimpinan jama`ah yang bertanggungjawab menyediakannya melalui program-program tarbiyyah jama`ah. Salah satu dari institusi tarbiyyah yang penting ialah USRAH.
TUJUAN USRAH
1. Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah SWT.
2.
3. Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.
4. Mengiltizamkan anggota dengan akhlak Al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan larangannya.
5. Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian
6. Melatih supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang telah diajar oleh Allah dan Rasul
7. Sentiasa bermulazamah dengan Al-Quran dan Hadith
8. Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan
9. Membentuk peribadi keluarga dam masyarakat Muslim
10. Merapatkan ukhwah dan kasih sayang di kalangan anggota
11. Menghidupkan budaya nasihat menasihati di kalangan anggota
12. Menanamkan semangat cintakan agama Allah
13. Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak mengenal erti kecewa.
Bersambung……………………….
PENIPUAN OLEH KERAJAAN PAS , Pertimbangan Waras Diperlukan
GEMPAR!! SATU LAGI PENIPUAN OLEH KERAJAAN PAS, PENGANUGERAHAN SIJIL GERAN PALSU OLEH NIK AZIZ
![]() |
| YB Dato Hamidah semasa di Rumah En Rozali Di Kampung LapanJaya |
Gua Musang 31 Okt - Hari ini merupakan hari kelima saya mengikuti program kempen bersama kumpulan Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang diketuai oleh YB Dato Hamidah Osman sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia.Lokasi yang menjadi tumpuan ialah Kampung Lapan Jaya iaitu sebuah Kampung agak terpencil di sekitar Gua Musang.Apabila kumpulan YB Dato Hamidah sampai kami telah disambut oleh Ketua Kampung LapanJaya dengan penuh gembira seolah-olah menyambut wakil rakyat mereka.
![]() |
| Rozali Bin Rodin menunjukkan sijil yang dianugerahkan oleh Nik Aziz sambil diperhatikan oleh YB Dato Hamidah dan Dato' Rosni |
Masalah yang dibangkikan kepada kami adalah pemberian sijil geran tanah palsu yang dianugerahkan sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada 300 penduduk Kg. LapanJaya pada tahun 2007 iaitu sebelum PRU12. program tersebut diadakan di Sekolah kebangsaan Limau Kasturi dekat sini. Menurut Rozali Rodin iaitu seorang penerima sijil geran tanah, 300 penduduk tersebut telah dijanjikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, pemilikan Ladang Rakyat sejumlah 10 ekar seorang dan sebuah rumah untuk didiami.
Read more: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/11/gempar-satu-lagi-penipuan-oleh-rakyat.html#ixzz144WCP5LY
Perdana Menteri Pun Dua Kali Lima
PM Itali beri hadiah kepada penari erotik . kosmo
Warisan Merdeka tower, a structure 100 storeys tall, one of the tallest in this world.
King Nimrod was a cruel ruler and probably would go to hell, but he wanted to go to heaven. So he said to build a tall tower with a diving board on one side to jump onto heaven when it floated by on it's cloud! If the people of Babylon didn't build the tower, they were threatened with death! — from answers.com, Why did the people of Babel build a tower? rocky's blue
Saturday, 30 October 2010
Satu Tempikan Saja Kamu Mati Bergelimpangan
Setakat ini, lebih 413 orang terkorban manakala lebih 23,000 lagi hilang tempat tinggal dalam bencana tersebut.kosmo
ORANG ramai yang bermotosikal meredah
hujan abu di Yogyakarta
selepas Gunung Merapi meletup
pada awal semalam.
Betulkah Hak Melayu Tidak Akan Hilang?
Bahawa Raja-Raja Melayu menjadi kunci dan benteng kepada kedudukan hak istimewa orang Melayu itu. Mudah faham, pertahankan raja maka kekallah kuasa orang Melayu?
Jadi kalaulah benar begitu kenapa Umno harus susah payah hendak mempertahankan kerajaan. Mengusik dan memomokkan orang Melayu kononnya kalau Umno pupus dan kalah pilihan raya kuasa Melayu akan hilang? Melayu akan hina dina di negeri sendiri. Ada kepelikan dan keganjilan mengenai penegasan Najib ini dengan hakikat yang ada dan tersurat itu. Semacam kontradik saja.
Soalnya apakah penegasan Najib itu benar? Sejauh manakah perlembagaan itu suci dan tidak akan terganggu oleh kuasa politik? Bukankah apa yang difahami sekarang ini, Raja-Raja Melayu bukan mutlak dan mereka adalah raja berperlembagaan? Ertinya raja akan hidup atas ehsan perlembagaan? Dan perlembagaan pula boleh dipinda menerusi Parlimen. Tidakkah hak ataupun keistimewaan raja-raja (imuniti) telah dirampas sendiri oleh Umno? Kita telah saksikan kejadian bagaimana raja-raja Melayu diaibkan oleh Umno di zaman Mahathir Mohamad menjadi raja daun pisang.
Justeru bagi saya kata-kata Najib itu satu ancaman dan peringatan, tidak lebih dari itu. Ancaman kepada bukan Melayu manakala ingatan kepada orang Umno dan orang Melayu. Najib cuba memberi mesej kepada bukan Melayu bahawa usahlah berusaha untuk merampas hak Melayu kerana ianya sia-sia saja. Manakala kepada orang Melayu pula diingatkan kononnya selagi ada Umno, Melayu akan ada dan dalam pada itu Umno perlu dikekalkan sehingga khiamat.
Sekiranya kata-kata Najib itu benar dan terhakikat begitu nampak sangat Najib telah menggunakan kuasa keramat yang tidak perlu dipermainkan oleh sesiapa itu untuk kepentingan Umno. Najib tidak harus menggunakan kuasa keramat yang ghaib itu untuk dijadikan sandaran agar orang Melayu terus menyokongnya? Itu satu kebodohan rasanya bila Najib membuka pekong kekuatan Melayu yang diperolehi dari kuasa raja itu.
Sebenarnya peringatan itu sudah tidak bererti lagi kalau orang menerima penegasan itu sebagai mutlak dan benar. Apakah orang Melayu akan terpanggil untuk membuat kerja sia-sia itu? Tentu sekali.... tidak. Dan kalau orang Melayu merasakan kedudukan mereka selamat dengan adanya raja-raja, maka orang Melayu tidak perlu mempertahankan Umno cukup mempertahkan raja-raja saja. Tugas mempertahankan raja-raja adalah tugas hak semua orang Melayu.
Di sini saya rasa Najib telah terperangkap dalam kata-katanya sendiri. Bila beliau berdepan dengan bukan Melayu beliau akan menegaskan hal itu. Bila berdepan dengan Melayu beliau akan meminta orang Melayu membimbangi keadaan itu. Tetapi bila beliau berdepan dengan realiti (kedua-dua entiti) di sinilah beliau akan terkial-kial bagaimana hendak menjelaskannya dan akan menampakkan akan kedangkalan serta keterjempitan akal politiknya.
Pada saya tetap yakin bukan Melayu akan terus mengungkit mengenai hak keistimewaan Melayu sampai kapan pun kerana itu termasuk dalam intipati perjuangan mereka baik secara tersirat atau tersurat. Mana-mana bangsa atau kaum atau puak jika mereka tidak memperjuangkan hak mereka adalah bangsa atau kaum yang bodoh. Mana ada persebatian antara gula dan kopi secara hakikinya melainkan dapat dilihat dari fizikal saja.
Tegasnya kalau orang Melayu mahu mengekalkan kedudukan hak istimewa mereka bukan dengan cara mengancam dan mengugut mana-mana pihak tetapi orang Melayu harus bersatu dan berpadu.mso

Setia Usaha Akhbar Nik Aziz DiPecat
Sayang orang seperti Fauzi (foto) berperwatakan lemah lembut dan banyak ilmu dibiarkan begitu saja. Beliau adalah seorang pensyarah di Kolej Islam Sultan Ismail Petra (Kias) Seharusnya Pas menghargai modal insan yang dimiliki menerusi Fauzi itu. Kalau boleh Pas bertanyalah Fauzi dan beri peranan sewajarnya kepada beliau. Kalau beliau tidak cekap untuk jadi setiausaha akhbar, berilah tanggungjawab dalam pendidikan ataupun bidang lain yang mampu dikendalikannya olehnya. Bukan senang untuk Pas mendapat seorang ahli yang sudah memiliki fikrah perjuangan seperti Fauzi ini.
Bersalam Dengan Zahid Berpeluk Dengan Kickdefella - Sayuti Omar
Saya sering mengata saya boleh mengasingkan di antara nafsu dengan perasaan. Antara personal dan perjuangan. Dalam diri saya ada sempadan sempadan yang orang tidak mudah untuk memahaminya. Hari ini saya boleh puji dan angkat seseorang, esok saya boleh lanyak dan timbusnya dengan tinta merah saya. Perangai saya ini memening bagi mereka yang otak kemetot yang beremosi lebih.
Saya berpegang kepada berani kerana benar, takut kerana salah. Saya berlindung kepada Allah bukan meminta kepada manusia. Saya tidak berhutang budi dengan sesiapa maka saya boleh memuntah peluru tanpa kira masa, jika mereka saya fikir salah dan lari dari prinsip asal saya akan membedalnya tanpa ampun maaf. Cuma saya ada nawaitu tersendiri yang tidak siapa dapat mengetahuinya.
Saya tidak akan bergaduh selamanya dengan seseorang. Kerana kritikan saya kepada seseorang untuk kebaikan. Kalau dia sudah kembali jadi baik, kenapa kita harus bermusuh dengannya? Nabi mengajar kita memaaf dan menerima orang yang insaf. Tetapi malang orang tidak faham sempadan atau pun prinsip sebegini.
Kembali kepada sikap dan semangat jiwa besar ditunjukkan oleh Zahid dan Kickdefella tadi ingin saya pesan dan seru semoga anak-anak muda khasnya yang baru memasuki sekolah politik hendaklah belajar dari apa yang berlaku itu. Kita harus berjiwa besar kalau mahu jadi orang besar. Ego, bongkak atau hidup dengan perangai peribadi kita ia tidak akan membawa ke mana sebaliknya akan menyulitkan kita. [wm.kl.7:10 pm 27/10/10]

Orang Pas Dan Bendera DAP - Ukhwah Politik
Ukhwah Politik
Dulu-dulu orang PAs geli geleman bila melihat bendera Roket DAP. Apa lagi untuk memegang dan mengibarkannya. Tetapi hari ini, zaman politik tanpa sempadan bendera Roket bukan saja berkibar bersama bulan tetapi orang Pas sendiri yang tegal menjulangnya. mso
Jalan Sesat selebriti dihina
JAKARTA: Axel Gondokusumo, anak sulung selebriti, Ayu Azhari masih ketakutan selepas menerima ancaman dan melihat ibunya dihina oleh seorang anggota tentera.
Keadaan terkini Axel itu diberitahu oleh peguam Ayu, Secerpiandy ketika dihubungi menerusi telefon bimbitnya, semalam.
“Hingga ke hari ini dia masih ketakutan. metro
Siapa Ayu Zahari . sini
Keadaan terkini Axel itu diberitahu oleh peguam Ayu, Secerpiandy ketika dihubungi menerusi telefon bimbitnya, semalam.
“Hingga ke hari ini dia masih ketakutan. metro
Siapa Ayu Zahari . sini
Bahaya Asyik Face Book
Rela bunuh anak demi Farmville
MIAMI: Seorang wanita berang kerana tangisan bayinya mengganggu dia bermain Farmville di Facebook mengaku salah membunuh dengan menggoncang anaknya itu sehingga mati, lapor media semalam.Alexandra V Tobias, 22, dari Jacksonville, mengaku menyebabkan kematian Dylan Lee Edmondson, tiga bulan, Januari lalu.
Florida Times-Union melaporkan, Alexandra naik angin kerana suara Edmondson mengganggu tumpuannya.metro
Cerita Pasal Cabul Sahaja kali ini .
7 tahun dicabul bapa
“Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri,” katanya. metro
Difahamkan, dalam kejadian pertengahan Disember tahun lalu, mangsa berusia awal 30-an itu dirogol suspek di hadapan anaknya.
Disebabkan bimbang dan malu jika perkara itu diketahui umum, selain memberi ruang kepada isterinya mencari ketenangan, mereka nekad tidak membuat laporan polis.
Namun, kesempatan itu digunakan sepenuhnya guru tuisyen durjana berusia lewat 30-an itu untuk meminta wang bagi menutup mulut, selain memaksa mangsa melayaninya di ranjang. metro
“Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri,” katanya. metro
Diperkosa guru tuisyen anak
KUALA LUMPUR: Walaupun dia dan anak lelakinya berusia sembilan tahun sering dipukul isteri, kasih seorang suami tetap utuh apabila mengetahui wanita itu mengalami tekanan perasaan akibat dihantui kisah silam kerana dirogol guru tuisyen anaknya di rumah mereka di Cheras, di sini.Difahamkan, dalam kejadian pertengahan Disember tahun lalu, mangsa berusia awal 30-an itu dirogol suspek di hadapan anaknya.
Disebabkan bimbang dan malu jika perkara itu diketahui umum, selain memberi ruang kepada isterinya mencari ketenangan, mereka nekad tidak membuat laporan polis.
Namun, kesempatan itu digunakan sepenuhnya guru tuisyen durjana berusia lewat 30-an itu untuk meminta wang bagi menutup mulut, selain memaksa mangsa melayaninya di ranjang. metro
Bersesak dalam kandang lembu
DAIF...Salma bersama empat daripada lapan anaknya.
Walaupun hidup dalam keadaan sukar dan serba kekurangan, itu hakikat terpaksa dilalui keluarga Salma Mamat, 36, dan Zakaria Abdullah, 42, selepas dihalau pemilik rumah sewa mereka di Pekan Gunong sebelum ini kerana tidak mampu membayar sewa.
Salma berkata, suaminya yang bekerja sebagai buruh hanya mampu menyediakan makan minum ala kadar untuk keluarga.
“Kami tiada pilihan selain tinggal di dalam bekas kandang lembu ini sebagai tempat berteduh dari hujan dan panas. Jika hujan lebat, tanah yang menjadi lantai rumah kami akan becak menyebabkan kami bertambah tidak selesa,” katanya sayu. metro
Bilionair China Terkaya No. 9 di Cina
Bilionair dapat subsidi rumah
2010/10/30
Hartawan China terima RM1,440 sebulan BEIJING: Tokoh internet berpengaruh Ma Huateng dilaporkan berada di nombor sembilan dalam senarai majalah For-bes orang paling kaya di China dengan jumlah kekayaan AS$4.4 bilion.bharian
Keganasan Hanyalah Propaganda Barat
100,000 pemeriksaan gagal cekup pengganas
2010/10/30
LONDON: Lebih 100,000 orang ditahan dan diperiksa polis mengikut kuasa antikeganasan tahun lalu namun tiada seorang pun ditahan atas kesalahan berkaitan keganasan, lapor Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, semalam. Statistik menunjukkan hanya 504 daripada 101,248 orang diperiksa ditahan atas pelbagai kesalahan, kadar penahanan 0.5 peratus berbanding purata 10 peratus penahanan selepas pemeriksaan biasa. bharian
Gunung Berapi Meletus ........... Bukti Kekuasaan Allah
Tiada tanda gunung berapi paling aktif kembali 'tenang'
YOGYAKARTA: Lebih 20,000 penduduk sekitar Gunung Merapi termasuk 10,000 yang ditempatkan di tujuh kawasan pemindahan sementara dalam radius 20 kilometer (km) dari gunung berapi yang meletuskan asap dan debu lahar sejak Selasa lalu, akan dipindahkan jika situasi bertambah teruk.Utusan

Tenung Nasib Itu Merosakkan
Tilikan nasib punca ibu bapa dera anak
2010/10/30
KUALA LUMPUR: Ketaksuban terhadap kepercayaan dan pantang-larang kolot dikenal pasti antara faktor penyumbang masalah penderaan kanak-kanak oleh ibu bapa di Malaysia.Naib Presiden Persatuan Pekerja-Pekerja Sosial Malaysia (MASW), Amy Bala, berkata masih ada ibu bapa mempercayai ramalan tilik ke atas bayi yang baru dilahirkan tanpa mengambil kira telahan terbabit berbentuk positif atau sebaliknya.
Friday, 29 October 2010
Kerana Ada Pembeli Sebab Itu Ada Penjual
Empat wanita diselamat dari didagang
KLANG 29 Okt. - Penangkapan seorang pegawai Imigresen dan tujuh individu yang dipercayai terlibat menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jeti Pulau Ketam di sini pada awal bulan ini, sedikit pun tidak menggerunkan sindiket pemerdagangan manusia daripada meneruskan kegiatan haram tersebut.Malah mereka terus beroperasi dengan mendapatkan kerjasama daripada kapten kapal dan pemandu teksi di negara ini. utusan
Amaran Penguasa Langit Bumi
MELETUS
Gambar merakamkan larva panas sedang mengalir dari gunung berapi Shiveluch di Semenanjung Kamchatka, Rusia. - AP
Jika di Indonesia, penduduknya sedang bergelut menghadapi letusan Gunung Merapi sejak Selasa lalu, di Rusia pula dua gunung berapi - Klyuchevskaya Sopka dan Shiveluch di Semenanjung Kamchatka, Rusia meletus semalam menghambur debu panas setinggi 10 kilometer ke udara.
Penerbangan beberapa pesawat terpaksa dilencongkan ke tempat lain, manakala bandar berhampiran terjejas teruk apabila ruang udara ia dipenuhi debu-debu panas daripada dua gunung berapi berkenaan.
Sekolah dan premis perniagaan di kawasan berhampiran terpaksa ditutup dan saintis meramalkan gunung berapi berkenaan akan terus memuntahkan debu panas selama 10 hari. utusan

RM21 juta Buat Wayang Tirai Air
Wayang melalui tirai air
Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my
utusanmelaka@utusan.com.my
| |
| ILUSTRASI pelukis menunjukkan layar air dijadikan wayang secara 5D bagi Projek Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D di Dataran Pahlawan Banda Hilir Melaka. |
MELAKA 29 Okt. - Pernahkah anda menonton wayang dengan air menjadi layarnya?
Seperti tidak masuk akal tetapi itulah produk pelancongan terbaru dikenali sebagai Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D (dulu dikenali Dataran Cahaya dan Bunyi) yang sedang dibangunkan berhampiran Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini.
Projek yang menelan belanja RM21 juta itu merupakan sebuah panggung wayang yang menggunakan tirai air sebagai layar dan dibangunkan di atas sebuah kapal dikenali sebagai Bahtera Merdeka. utusan
Apakah Obama Itu Besar Sangat Kah ?
Obama lawat Asia 5 November
WASHINGTON 29 Okt. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan melawat masjid terbesar Indonesia dan menyampaikan ucapan kepada masyarakat Islam global semasa lawatannya ke Indonesia pada bulan depan.White House semalam melaporkan Presiden itu akan berlepas pada 5 November ini dalam rangka laatan selama 10 hari ke India, Indonesia, Korea Selatan dan Jepun. utusan
Itulah Azab Allah
Banjir terburuk di Thai
| |
| PEMANDANGAN dari udara merakamkan rumah kediaman dan bangunan di wilayah Ayutthaya, utara Bangkok ditenggelami air akibat banjir. - AFP |
BANGKOK 29 Okt. - Thailand dilanda banjir paling teruk dalam tempoh beberapa dekad dengan 38 wilayah terjejas teruk dan angka korban mencecah sekurang-kurangnya 94 orang.
Institut Perubatan Kecemasan Thailand hari ini melaporkan 26 orang daripada mereka mati lemas sejak banjir melanda pada 10 Oktober lalu.
"Kebanyakan mangsa mati di rumah mereka atau kanak-kanak yang bermain berhampiran kawasan banjir," kata ketua institut itu, Chatree Charoencheewakul. utusan
Bolehkah Masaalah Ini diselesaikan Cara Berpolitik ?
Janda putus cinta cuba bunuh diri dua kali
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Hanya kerana gagal dalam percintaan, seorang janda beranak dua hilang kewarasannya apabila cuba membunuh diri dengan mengancam untuk mengelar pergelangan tangan dan merodok perutnya dengan serpihan botol kaca. sumberBila Ahli Ketagih .... Senanglah Bagi Rasuah
UMNO Gua Musang taja 700 tiket ke final Piala Malaysia
GUA MUSANG 29 Okt. - UMNO Bahagian Gua Musang menaja sebanyak 700 tiket bagi membolehkan petugas-petugas jentera parti itu menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.Sumbangan tiket itu diserahkan oleh Ketua UMNO Bahagian, Tengku Razaleigh Hamzah kepada Presiden Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC), Zamzani Harun untuk diagih-agihkan kepada jentera parti terlibat yang turut diberi rehat sehari.
sumber
PEMIMPIN YANG ADIL & AMANAH
Posted on Saturday, June 07 @ 21:19:28 MYT by raja
mosasita writes "
Satu kisah yang menarik antara khalifah yang sangat adil, Sayidina Umar bin Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak: Ketika Sayidina Umar bin Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: "Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju. "Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya 500 dirham.
.......

Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: "Bagus, *****a ia murah." Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah, suatu hari beliau berkata kepadaku: "Belikan untukku sehelai baju." Maka aku membeli untuknya baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya 5 dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: "Bagus, *****a ia mahal." Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga 500 dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga 5 dirham dianggap mahal.
Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. Sayidina Umar bertanya: "Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak? Kataku: "Perkataanmu wahai Amirulmukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?
Kata Sayidina Umar: "Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya." (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).
Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah dua tahun, tetapi mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah. Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat menjadikan kepimpinannya penuh keadilan dan rahmat Allah s.w.t. sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga.
Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk. Lihatlah tampungan pada baju Khalifah Sayidina Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya.
Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik. Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya yang menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaan mewah, rumah yang megah, isteri yang berhias permata berlian atau cermin mata yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Sesungguhnya tidak. Itu semua menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yang memburukkan kasih sayang antara orang bawahan dan atasan.
Islam tidak pernah menyeru pemimpin dunia Islam hidup kemiskinan, kelaparan, memakai pakaian buruk dan tinggal di rumah yang nak roboh atau berkenderaan cabuk. Tidak! Mungkin gaya yang hebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapi persaingan musuh-musuh yang pelbagai. Mereka boleh bermewahan jika itu adalah harta mereka yang halal. Mereka boleh memakai dan memiliki apa yang mereka mahu, jika itu datang dari sumber yang Allah s.w.t. Reda.
Rumah pemimpin dikenali bukan kerana dipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka tetapi kerana pagarnya yang besar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Kereta pemimpin dikenali bukan kerana kerap sampai ke tempat rakyat tetapi kerana luar biasa harganya. Isteri pemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi kerana gaya ranggi dan hiasan diri yang mahal- mahal. Maka sesetengah pemimpin merasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pada kasta bawahan. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerana kewibawaannya atau adab dan karismanya, keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk- tunjukkan.
Jika hal ini berlaku, politik kedengkian akan subur dan terus merebak lalu umat ini terus bergolak. Dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Sayidina Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis.
Lalu ditanya kepadanya: "Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirulmukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan." Jawab Sayidina Umar: "Tidak ada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian" (8/147).
Islam bukanlah anti harta, tetapi Islam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan. Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat, bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidak berbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?
Wassalam. sumber

Thursday, 28 October 2010
Mulut Luas
Lelaki miliki mulut paling lebar
KEDUA-DUA tangan Francisco Domingo Joaquim menarik mulutnya yang lebar.
Pekerja terkejut mayat dalam beg
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.myhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.myhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
MAYAT seorang perempuan ditemui dalam sebuah beg di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang semalam.
Pagar Makan Padi
Pegawai LHDN dipenjara 2 tahun
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Seorang Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dipenjara dua tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM6,000, lima tahun lalu.Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu terhadap Miftahhudin Abdullah, 40, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan. utusan
Zulkifli Noordin ......... Kenyataan Yang Boleh Mengukuhkan Lagi Sistem Sekular .
Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berkata, langkah kerajaan itu akan menyebabkan rakyat mengetahui siapa dalang sebenar yang mencetuskan pertelingkahan antara kaum sehingga menyebabkan berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 di negara ini.
"Saya ingin cadangkan kepada kerajaan supaya Peristiwa 13 Mei ini didedahkan melalui mata pelajaran Sejarah.
"Tetapi saya hairan kenapa ada golongan tertentu yang takut Sejarah ini diajar di sekolah? Takut Peristiwa 13 Mei ini didedahkan? Kerana mereka takut rakyat tahu tembelang sebenar, betapa rasis dan cauvinisnya mereka, siapa mereka sebenarnya," katanya. utusan

Zahid Ungkit Perjanjian Dengan Sabah .
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka sepatutnya memahami sejarah dan menghayati maksud perjanjian itu yang menyaksikan rakyat Sabah bersetuju untuk menyertai Malaysia menerusi pungutan suara.
Justeru beliau menegaskan, kementerian bersedia untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana ahli politik atau pihak berkepentingan yang cuba merombak perjanjian itu serta menggugat keselamatan Sabah seperti diperuntukkan dalam undang-undang negara.
"Saya fikir kalau mereka bersedia untuk membayar harga yang mahal dan membangkitkan perkara ini sebagai galang-gantinya, saya fikir mereka harus lebih berhati-hati dalam memancing undi.
"Saya harap perkara ini tidak diulangi, berkempen dengan cara yang baik, gunakan isu-isu yang tidak sensitif dan jangan sentuh perkara-perkara yang telah mendapat persetujuan bersama," katanya. utusan

Osama Memberi Amaran Kepada Perancis
"Munasabah atau tidak jika kamu menyertai penjajahan ke atas tanah kami, menyokong Amerika yang membunuh wanita dan anak-anak kami tetapi kamu mahu hidup dalam keadaan aman dan selamat?.
"Ia adalah satu persamaan ringkas dan jelas: Kamu membunuh dan kamu akan dibunuh. Bila kamu menangkap, kamu juga akan ditangkap. Ketika kamu mengancam keselamatan kami, keselamatan kamu juga terancam," tegas Osama.
Osama berkata, bagi memastikan Perancis selamat adalah dengan menghentikan penindasan dan impaknya serta perkara paling penting iaitu berundur daripada perang Bush di Afghanistan. utusan

Islam Bercampur Aduk
Mahkamah Secular Bercakap Pasal Ugama .
Semasa membacakan keputusannya, Hakim Zamani berharap tertuduh bertaubat dan tidak mengulangi perbuatannya itu.
"Dalam usia yang sudah melebihi 50 tahun, kamu sepatutnya lebih banyak berada di tikar sembahyang. Semasa berada di dalam penjara saya harap kamu merenung perbuatan itu supaya insaf," katanya. utusan
Hakim itu juga harus bertaubat kerana menghukum manusia bukan apa yang turunkan Allah .

Tak Bayar Nafkah Anak - AC Mizal
AC Mizal terselamat hukuman penjara 25 hari
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pelakon dan pengacara AC Mizal hari ini mengalami detik-detik mencemaskan apabila dia nyaris dihukum penjara 25 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat hari ini dalam kes komital tunggakan nafkah anaknya.Bagaimanapun AC Mizal terselamat daripada hukuman tersebut setelah dia serta-merta memasukkan RM9,800 ke dalam akaun bank bekas isterinya, Shafnie Zainuddin, 34. utusan
Siti Balqis ditemui di rumah kenalan di Jelebu
Siti Balqis ditemui di rumah kenalan di Jelebu
| |
| Norizan Said memujuk Siti Balqis Mohd. Nor di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, semalam. |
BESUT 28 Okt. - Siti Balqis Mohd. Nor, 22, yang terus mencetuskan misteri apabila dikatakan hilang semula sejak Ahad lalu akhirnya ditemui di rumah kenalannya di Kampung Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.
Bagaimanapun penemuan kali ini bukan menggunakan khidmat bomoh pengamal perubatan Islam seperti mana yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya melalui hasil siasatan polis.
Penemuan itu sekali gus menolak andaian bahawa Siti Balqis 'ghaib' kononnya masih dilarikan oleh makhluk halus pada malam Ahad lalu dan berada di Gunung Jerai, Kedah. utusan
Habuk kayu boleh dijadikan gula
Habuk kayu boleh dijadikan gula
| |
| Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim menunjukkan gula yang dihasilkan daripada habuk kayu di UMP, Jalan Gambang, Kuantan, semalam. |
KUANTAN 28 Okt. - Habuk kayu yang dianggap sebagai bahan buangan kini mampu menghasilkan gula yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik.
Menariknya, cetusan idea seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.
Menurut Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negeri ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan. utusan
Wednesday, 27 October 2010
Perlembagaan Negara - Jangan Jadi Isu.
Jangan perbesar isu Perlembagaan negara
PENGKALAN HULU – Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mengingatkan semua pihak perlu menghormati setiap perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri turut menekankan semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan telah ditandatangani semua pemimpin terdahulu setelah mendapat persetujuan daripada semua kaum.sinar

Tanah orang Melayu semakin kurang
Menurutnya, langkah tertentu perlu diambil bagai memastikan tanah yang ada tidak terus terlepas ke tangan orang lain yang mempunyai kuasa beli tinggi.
“Orang Melayu dihimpit dari pelbagai sudut sama ada oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan kuasa beli sektor swasta yang dikuasai kaum tertentu.sinar
GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mempertahankan tindakannya mendedahkan masalah tanah orang Melayu di Pulau Pinang bagi menyedarkan mereka daripada terus terlena.
Menurutnya, langkah tertentu perlu diambil bagai memastikan tanah yang ada tidak terus terlepas ke tangan orang lain yang mempunyai kuasa beli tinggi.
“Orang Melayu dihimpit dari pelbagai sudut sama ada oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan kuasa beli sektor swasta yang dikuasai kaum tertentu.sinar
“Namun, ia tidak boleh dianggap sebagai bukti munasabah kerana tidak semestinya orang miskin melakukan pembunuhan. Oleh itu, keterangan saksi pembelaan tidak cukup kukuh untuk dipertimbangkan bagi menimbulkan kesahihan dalam kes ini,” katanya. sinar
Pas Pun Kelentong Juga
Pas ghairah isu nasional tetapi abai kebajikan rakyat Kelantan
GUA MUSANG - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi Galas tidak terpedaya dengan kempen pemimpin Pas yang memainkan isu nasional, sedangkan kerajaan Pas Kelantan sendiri mengabaikan kebajikan rakyat di negeri itu.sinar
Sistem Islam Sahaja Yang Selamat
Hutang negara meningkat
SHAH ALAM - Peningkatan mendadak hutang negara dalam tempoh lima tahun kepada RM362.39 bilion seperti didedahkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dipercayai akibat ketirisan dan rasuah.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, jumlah itu turut dipengaruhi kerugian RM10 bilion dialami negara akibat rasuah setiap tahun sebagaimana didedahkan oleh Ketua Setiausaha Negara.
“Hutang kerajaan di dalam negara tahun lalu RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam. sinar

Politik Duniawi Sememangnya Kotor .
“Kata dia, UMNO kafir kerana kita bekerjasama dengan orang kafir. Sekarang ini fatwa sama digunakan untuk dia, tapi untuk dia (AS) ok, untuk kita (BN) tak ok,” katanya. - Bernama
Kepercayaan Karut Itu Tetap Mengarut
Dukun Gunung Merapi tewas
Bharian
Monday, 18 October 2010
German multiculturalism has 'failed,' Merkel says
By the CNN Wire Staff
October 17, 2010 -- Updated 1501 GMT (2301 HKT)
Chancellor Angela Merkel addresses a meeting on Saturday during which she said multiculturalism had failed in Germany.
STORY HIGHLIGHTS
- Chancellor: The approach of saying "let's coexist and enjoy each other ... has failed"
- Immigrants must learn German and be educated in Germany, she told CNN last month
- Germany is about 5 percent Muslim, the Pew Forum on Religion & Public Life estimates
RELATED TOPICS
Rape is a weapon of war in Congo
Many of Congo's rape survivors took to the streets Sunday to speak out against sexual violence in a country where it has become a weapon of war.
"I tell you, it's a wonderful thing to see all the women together, just for one reason -- for the peace of the women of Congo," said Mary Georges. "This is the freedom of the Congo women."
http://edition.cnn.com/2010/WORLD/africa/10/17/congo.rapes.march/index.html
- Rape is a weapon of war in Congo
- Eastern Congo has 15,000 rape victims just from last year
- The march aims to combat a societal stigma attached to rape victims
- Many women left hospital beds to join event
"I tell you, it's a wonderful thing to see all the women together, just for one reason -- for the peace of the women of Congo," said Mary Georges. "This is the freedom of the Congo women."
http://edition.cnn.com/2010/WORLD/africa/10/17/congo.rapes.march/index.html
Wednesday, 13 October 2010
Tera Patrick ke Indonesia
FPI: Tera Patrick ke Indonesia, Haram Hukumnya! Selasa, 12 Oktober 2010 | 18:38 WIB
Janda Rhoma Irama Berlakun Lucah
JAKARTA: Artis cantik Angel Lelga atau pernah dikenali sebagai Angeliq begitu komited dengan bidang lakonan. Malah, dalam filem terbarunya berjudul ‘Rintihan Kuntilanak Perawan’, janda raja dangdut Rhoma Irama itu tanpa segan-silu mempamerkan pakaian dalam yang dipakainya.
Angel tidak sedikit pun kekok mempamerkan tubuhnya. Ketika ditanya mengenai wataknya yang memerlukan dia mendedahkan tubuh, wanita berdarah Solo-Manado itu mengakui dia hanya melakukannya secara profesional. kosmo

Fastest mobility scooter in the world
Can hit 69mph - more
A plumber has built the fastest mobility scooter in the world - which whizzes along at an incredible 69mph.
Bayi tujuh bulan ada 24 jari
| |
| GAMBAR menunjukkan Natasya yang mempunyai 24 jari. |
PAGARALAM, Indonesia - Berat badan seorang bayi perempuan, Natasya di sini sudah mencecah 15 kilogram (kg) walaupun dia baru berusia tujuh bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Namun, Natasya memiliki keunikan lain kerana dia mempunyai 24 jari.
Sekali pandang, anak pasangan Eko dan Ria itu tetap kelihatan normal serta ceria seperti bayi seusianya.
Kanak-kanak 3 tahun seberat 63.50kg
XIAO HAO (kiri) memiliki berat badan 63.50 kilogram walaupun baru berumur tiga tahun di bandar Guangzhou, selatan China.
BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Xiao Hao dilarang memasuki beberapa pusat jagaan kanak-kanak kerana berat badannya 63.50 kilogram (kg) yang membolehkan dia membuli rakan-rakannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Presiden Iran lawat Lebanon
MAHMOUD Ahmadinejad melambaikan tangan dari bumbung sebuah kereta semasa beliau tiba di Beirut, Lebanon semalam.
BEIRUT - Beribu-ribu rakyat Lebanon menyambut ketibaan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di bandar Beirut semalam. Sebahagian daripada penduduk itu membaling bunga ke arah konvoi Presiden itu.
Penggodam paling seksi
KRISTINA SVECHINSKAYA
NEW YORK - Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Penari erotik saman majikan
| |
| NADINE QUASHIE |
LONDON - Seorang penari erotik berpendapatan £200,000 (RM985,740) setahun di kelab tarian bogel Stringfellows, Britain menyaman majikannya berhubung kes pembuangan kerja secara tidak adil, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Nadine Quashie, 27, mampu memperoleh pendapatan mencecah £1,265 (RM6,216) satu malam dengan melakukan tarian seksi di hadapan pelanggan-pelanggan kaya.
Namun, dia mendakwa dibuang kerja secara tidak sepatutnya kerana kesalahan tatatertib oleh kelab berkenaan pada 2008.
Figura yang berhijrah
Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my
faizal.saharuni@kosmo.com.my
| |
| |
MEREALISASIKAN perubahan nyata dalam diri kerdil manusia bukan semudah seperti disangka. Ia tidak boleh dirancang dengan mengikut intuisi hati. Soal keinsafan, ironinya, acap kali dimunculkan dalam beragam atmosfera.
Petunjuk atau hidayah yang dipancarkan daripada terbentangnya bumbung langit hanya diberi kepada insan terpilih. Sesiapa menerima anugerah istimewa itu, seharusnya mereka bertaubat dan menyesali setiap dosa lampau yang dilakukan lantas pulang semula ke akar umbi Muslim sejati.
Luahan Hati Amy Search Dan Malik Nor - tidak tenang biar hidup berbalut kemewahan duniawi.
Pintu hati dibuka Allah
Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my
faizal.saharuni@kosmo.com.my
“KALAU kita hebat di dunia, kalau masuk ke dalam neraka, ia tidak berbaloi,” demikian ucap pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang juga pemegang gelaran tokoh Maal Hijrah 1429 peringkat Selangor tatkala membahas tentang ‘Mencari Jalan Pulang.’
Abdul Malek Mohamad Noor atau Malek, 54, mula melewati hidup sebagai pengikut Islam sejati sejak lapan tahun lepas.
Selepas tergelincir jauh dari landasan dan tidak mempedulikan Allah sewaktu berada di tengah kota Hong Kong dan Amerika Syarikat awal 90-an, tahun 2002 menjadi saksi apabila jiwa semakin menua itu acapkali tidak tenang biar hidup berbalut kemewahan duniawi.
Ini lagi janji politik
Janji turun kadar tarif air di Kedah
kerajaan BN yang memerintah Kedah sebelum ini berjaya mempertahankan tarif air daripada mengalami kenaikan selama lebih 15 tahun tetapi kerajaan negeri sekarang yang baru lebih dua tahun mentadbir telah menaikkannya sehingga 334 peratus setahun tanpa memikirkan kepentingan rakyat."Kita tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi berjanji akan mengkaji semula kadar tarif air sekiranya menang pada pilihan raya umum akan datang mengikut keadaan semasa pada waktu itu.
"Janji ini adalah selaras dengan slogan BN Menang Kedah Senang," katanya pada sidang akhbar mengenai isu kenaikan tarif air di sini hari ini.
36 majikan didakwa gagal mencarum
BUKIT MERTAJAM 13 Okt. - Sebanyak 36 majikan di negeri ini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan gagal mendaftar serta tidak mencarumkan pekerja mereka di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam Ops Kesan yang dilaksanakan Jun lalu.
Mereka merupakan sebahagian daripada 1,091 pemilik syarikat dan perusahaan di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai yang dilawati pegawai Perkeso sepanjang operasi berkenaan.
Pengarah Perkeso negeri, Noorhanita Mohamad (gambar) berkata, sepanjang operasi juga, sebanyak 144 notis kompaun bernilai RM500 hingga RM1,000 dikeluarkan terhadap majikan-majikan yang dilawati.

Inilah dia dikatakan politik
Pendededahan Zaid Ibrahim tentang bosnya " Ketagih Nak Jadi PM " menunjukkan bahawa politik manusia itu sama kotornya dengan najis . Rakyat yang jadi penonton lakonan mereka . Macam tengok gambar hindustan , sekejap marah , sekejap sedih , sekejap sokong . Lupakanlah ................
Utusan Lapuran ini juga masih belum boleh dipercaya .
Utusan Lapuran ini juga masih belum boleh dipercaya .
Anwar kemaruk jadi Perdana Menteri - Zahid
Kerja "Lillahi taala " tidak bawa masaalah zahir batin .
Ini takdir Allah Taala - Wan Hashim
KOTA BHARU 13 Okt. - Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud mendakwa, beliau sepatutnya diberi penghargaan yang lebih tinggi berbanding ditarik balik semua anugerah dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya sebelum ini.Beliau mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan, malah tugas yang dilakukannya kini iaitu membantu Sultan Ismail Petra yang masih mendapat rawatan susulan dan ia merupakan kesinambungan daripada tugas-tugas yang pernah dilakukannya sewaktu masih bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dahulu.
Biar Allah saja yang menilai kerja kita . Penilaian makhluk berkepentingan .
10 cedera lantai kelas runtuh
ALOR SETAR 13 Okt. - Seramai 10 murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Gunung di sini cedera setelah lantai kelas agama di sekolah tersebut tiba-tiba runtuh hari ini.
"Kesemua murid dalam keadaan terkejut, menangis dan mereka yang cedera dihantar dengan dua buah ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapatkan rawatan.
"Kelas tersebut dahulunya stor sekolah. Disebabkan kelas tidak mencukupi, pihak sekolah mengubah suai stor pada tahun 2007 untuk dijadikan kelas," katanya di sini hari ini.

LANTAI kelas yang runtuh serta membentuk lubang besar sedalam tiga meter
sehingga mengakibatkan 10 murid tahun empat cedera
di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar, semalam.
Manhaj Ilahi .
Manhaj islami perlu dibina . Tanpa manhaj ilahi segala-gala usaha kebajikan tidak dapat menjana kebaikan sebenarnya . Contohnya baru-baru ini , timbul satu isu pengemis yang membanjiri Kuala lumpur sehingga tidak dapat dibendung lagi .
Lapuran menyatakan ada sesetengah daripada pengemis itu mendapat RM100.00 dalam masa 2 jam mengemis .
Pemberi dan penerima itu tidak mempunyai kepahaman yang seragam .
Lapuran menyatakan ada sesetengah daripada pengemis itu mendapat RM100.00 dalam masa 2 jam mengemis .
Pemberi dan penerima itu tidak mempunyai kepahaman yang seragam .
Selagi ada yang memberi, adalah pengemis , itulah lapuran sebuah akhbar . utusan
Tujuh staf Imigresen ditahan ISA
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Polis menahan sembilan individu termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan warga asing yang pihak berkuasa percaya mampu menggugat keselamatan negara.
"Kegiatan ini juga bukan sahaja boleh mengancam keselamatan negara malah di rantau ini sekiranya ia dibiarkan terus berleluasa.
Pendedahan polis itu jelas satu tamparan besar kepada Jabatan Imigresen apabila baru-baru ini,
Ia disusuli dengan penahanan empat anggota termasuk seorang wanita.
Penahanan kesemua suspek yang dilakukan dalam operasi besar-besaran selama tiga hari bermula Ahad lalu itu turut melibatkan dua warga asing yang bagaimanapun tidak didedahkan identiti negaranya. utusan

Makan daging orang mati
IMAM Nawawi dan Imam al-Ghazali menerangkan makna ‘ghibah’ atau mengumpat sebagai menyebut sesuatu yang tidak baik terhadap saudaranya yang Muslim yang jika dia mendengarnya, dia berasa marah.
Sebutan itu adalah seperti kekurangan dalam agama, kecacatan pada anggota tubuhnya, kelemahan anak isterinya, gerak geri dan pakaiannya.
Sudah menjadi lumrah alam, setiap insan tidak suka jika bentuk, perangai, keturunan dan ciri hidupnya dibicarakan orang lain.
Sebab itulah Allah melarang keras perbuatan mengumpat. Keadaan itu jelas dinyatakan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.” (Surah Al-Hujurat ayat 12)
Allah mengumpamakan orang yang mengumpat itu seperti orang yang memakan daging saudaranya yang mati.
Dalam hal sama, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu apa itu mengumpat”. Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang paling tahu”. Kemudian Baginda bersabda yang bermaksud: “Ghibah adalah engkau membicarakan berkenaan saudaramu sesuatu yang dia benci”. hmetro

Main piano tanpa tangan
SHANGHAI: Seorang pemuda tanpa tangan dan bermain piano menggunakan jari kaki memenangi program bakat TV antarabangsa versi China, lapor akhbar Shanghai Daily, semalam. hmetro
Subscribe to:
Comments (Atom)