Wednesday, 27 October 2010

Tanah orang Melayu semakin kurang

 
GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mempertahankan tindakannya mendedahkan masalah tanah orang Melayu di Pulau Pinang bagi menyedarkan mereka daripada terus terlena.

Menurutnya, langkah tertentu perlu diambil bagai memastikan tanah yang ada tidak terus terlepas ke tangan orang lain yang mempunyai kuasa beli tinggi.

“Orang Melayu dihimpit dari pelbagai sudut sama ada oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan kuasa beli sektor swasta yang dikuasai kaum tertentu.sinar

2 comments:

  1. “Orang Melayu dihimpit dari pelbagai sudut sama ada oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan kuasa beli sektor swasta yang dikuasai kaum tertentu.

    “Pelbagai polisi dan cara dilakukan untuk 'menghalau' atau meminggirkan orang Melayu dari tanah mereka sendiri.

    “Orang Melayu menjual tanah yang ada kepada pemaju swasta kerana tawaran harga lumayan manakala penduduk berdekatan tidak mampu membeli rumah kerana harga di luar kemampuan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

    ReplyDelete
  2. “Saya membuat kajian terperinci. Hasilnya saya dapati tanah milik orang Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus).

    “Secara keseluruhannya tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hanya 20.41 peratus sahaja,” katanya.

    Katanya, keadaan Melayu di Pulau Pinang kritikal adalah kerana kajian mendapati 7,000 orang akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

    ReplyDelete