mosasita writes "
Satu kisah yang menarik antara khalifah yang sangat adil, Sayidina Umar bin Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak: Ketika Sayidina Umar bin Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: "Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju. "Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya 500 dirham.
.......
Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: "Bagus, *****a ia murah." Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah, suatu hari beliau berkata kepadaku: "Belikan untukku sehelai baju." Maka aku membeli untuknya baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya 5 dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: "Bagus, *****a ia mahal." Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga 500 dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga 5 dirham dianggap mahal.
Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. Sayidina Umar bertanya: "Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak? Kataku: "Perkataanmu wahai Amirulmukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?
Kata Sayidina Umar: "Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya." (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).
Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah dua tahun, tetapi mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah. Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat menjadikan kepimpinannya penuh keadilan dan rahmat Allah s.w.t. sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga.
Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk. Lihatlah tampungan pada baju Khalifah Sayidina Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya.
Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik. Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya yang menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaan mewah, rumah yang megah, isteri yang berhias permata berlian atau cermin mata yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Sesungguhnya tidak. Itu semua menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yang memburukkan kasih sayang antara orang bawahan dan atasan.
Islam tidak pernah menyeru pemimpin dunia Islam hidup kemiskinan, kelaparan, memakai pakaian buruk dan tinggal di rumah yang nak roboh atau berkenderaan cabuk. Tidak! Mungkin gaya yang hebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapi persaingan musuh-musuh yang pelbagai. Mereka boleh bermewahan jika itu adalah harta mereka yang halal. Mereka boleh memakai dan memiliki apa yang mereka mahu, jika itu datang dari sumber yang Allah s.w.t. Reda.
Rumah pemimpin dikenali bukan kerana dipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka tetapi kerana pagarnya yang besar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Kereta pemimpin dikenali bukan kerana kerap sampai ke tempat rakyat tetapi kerana luar biasa harganya. Isteri pemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi kerana gaya ranggi dan hiasan diri yang mahal- mahal. Maka sesetengah pemimpin merasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pada kasta bawahan. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerana kewibawaannya atau adab dan karismanya, keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk- tunjukkan.
Jika hal ini berlaku, politik kedengkian akan subur dan terus merebak lalu umat ini terus bergolak. Dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Sayidina Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis.
Lalu ditanya kepadanya: "Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirulmukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan." Jawab Sayidina Umar: "Tidak ada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian" (8/147).
Islam bukanlah anti harta, tetapi Islam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan. Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat, bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidak berbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?
Wassalam. sumber

No comments:
Post a Comment