Thursday, 28 October 2010

Zahid Ungkit Perjanjian Dengan Sabah .

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka sepatutnya memahami sejarah dan menghayati maksud perjanjian itu yang menyaksikan rakyat Sabah bersetuju untuk menyertai Malaysia menerusi pungutan suara.
Justeru beliau menegaskan, kementerian bersedia untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana ahli politik atau pihak berkepentingan yang cuba merombak perjanjian itu serta menggugat keselamatan Sabah seperti diperuntukkan dalam undang-undang negara.
"Saya fikir kalau mereka bersedia untuk membayar harga yang mahal dan membangkitkan perkara ini sebagai galang-gantinya, saya fikir mereka harus lebih berhati-hati dalam memancing undi.
"Saya harap perkara ini tidak diulangi, berkempen dengan cara yang baik, gunakan isu-isu yang tidak sensitif dan jangan sentuh perkara-perkara yang telah mendapat persetujuan bersama," katanya. utusan

1 comment:

  1. Ugutan ini ada kaitan dengan kepentingan mereka (BN) .

    ReplyDelete