Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berkata, langkah kerajaan itu akan menyebabkan rakyat mengetahui siapa dalang sebenar yang mencetuskan pertelingkahan antara kaum sehingga menyebabkan berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 di negara ini.
"Saya ingin cadangkan kepada kerajaan supaya Peristiwa 13 Mei ini didedahkan melalui mata pelajaran Sejarah.
"Tetapi saya hairan kenapa ada golongan tertentu yang takut Sejarah ini diajar di sekolah? Takut Peristiwa 13 Mei ini didedahkan? Kerana mereka takut rakyat tahu tembelang sebenar, betapa rasis dan cauvinisnya mereka, siapa mereka sebenarnya," katanya. utusan
No comments:
Post a Comment