GEMPAR!! SATU LAGI PENIPUAN OLEH KERAJAAN PAS, PENGANUGERAHAN SIJIL GERAN PALSU OLEH NIK AZIZ
YB Dato Hamidah semasa di Rumah En Rozali Di Kampung LapanJaya |
Gua Musang 31 Okt - Hari ini merupakan hari kelima saya mengikuti program kempen bersama kumpulan Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang diketuai oleh YB Dato Hamidah Osman sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia.Lokasi yang menjadi tumpuan ialah Kampung Lapan Jaya iaitu sebuah Kampung agak terpencil di sekitar Gua Musang.Apabila kumpulan YB Dato Hamidah sampai kami telah disambut oleh Ketua Kampung LapanJaya dengan penuh gembira seolah-olah menyambut wakil rakyat mereka.
Rozali Bin Rodin menunjukkan sijil yang dianugerahkan oleh Nik Aziz sambil diperhatikan oleh YB Dato Hamidah dan Dato' Rosni |
Masalah yang dibangkikan kepada kami adalah pemberian sijil geran tanah palsu yang dianugerahkan sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada 300 penduduk Kg. LapanJaya pada tahun 2007 iaitu sebelum PRU12. program tersebut diadakan di Sekolah kebangsaan Limau Kasturi dekat sini. Menurut Rozali Rodin iaitu seorang penerima sijil geran tanah, 300 penduduk tersebut telah dijanjikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, pemilikan Ladang Rakyat sejumlah 10 ekar seorang dan sebuah rumah untuk didiami.
Read more: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/11/gempar-satu-lagi-penipuan-oleh-rakyat.html#ixzz144WCP5LY
Budaya kutuk mengutuk meruntuhkan Ummah .
ReplyDelete