“Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri,” katanya. metro
Diperkosa guru tuisyen anak
KUALA LUMPUR: Walaupun dia dan anak lelakinya berusia sembilan tahun sering dipukul isteri, kasih seorang suami tetap utuh apabila mengetahui wanita itu mengalami tekanan perasaan akibat dihantui kisah silam kerana dirogol guru tuisyen anaknya di rumah mereka di Cheras, di sini.Difahamkan, dalam kejadian pertengahan Disember tahun lalu, mangsa berusia awal 30-an itu dirogol suspek di hadapan anaknya.
Disebabkan bimbang dan malu jika perkara itu diketahui umum, selain memberi ruang kepada isterinya mencari ketenangan, mereka nekad tidak membuat laporan polis.
Namun, kesempatan itu digunakan sepenuhnya guru tuisyen durjana berusia lewat 30-an itu untuk meminta wang bagi menutup mulut, selain memaksa mangsa melayaninya di ranjang. metro
No comments:
Post a Comment