Wednesday, 13 October 2010

Pengaruh dadah: 2 pemandu bas ekspres ditahan

13/10/2010 2:27pm

JOHOR BAHRU - Dua pemandu bas ekspres ditahan dalam kes berasingan kerana memandu di bawah pengaruh dadah di Terminal Pengangkutan Awam Larkin dan di Plaza Tol Sekudai semalam.
Mereka yang berumur 42 dan 43 tahun ditahan semasa operasi polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan ke atas pemandu bas ekspres.
"Kedua-dua pemandu bas ini didapati positif dadah ketika sedang membawa penumpang. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
"Salah seorang daripada mereka turut memiliki dadah dan polis sedang menyiasat kemungkinan kedua-duanya turut mempunyai rekod jenayah,” kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff.
Kedua-duanya merupakan antara 272 pemandu bas ekspres yang diperiksa di bawah operasi tersebut. - Bernama

No comments:

Post a Comment