Sunday, 5 December 2010

Asal Usul Pas

Peranan Pas yang dilahirkan hasil pertemuan pertama alim ulamak pada 24 November 1951 hasil inisiaitif Mudir Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahim, adalah bertujuan membangkang dan membetulkan Umno dari sudut keagamaan.

Haji Ahmad. Badawi yang merupakan pengasas Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah adalah ayahnda kepada mantan Perdana Menteri Kelima Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan antara pelajar madrasah berkenaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengajian Islam.

Selain dari matlamat pengasas Pas untuk menjadi pembangkang dan penegur Umno dari sudut keislaman, mengekalkan kuasa Melayu dan Islam sebagai pemerintah utama negara adalah antara matlamat Pas kerana secara umumnya setiap orang bangsa Melayu di negara ini adalah beragama Islam. sumber

1 comment:

  1. Apabila Mursyisul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh paling pengaruh dan paling dipakai buah fikiranmya oleh Pas pada waktu ini boleh bersetuju dengan janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat oleh rakyat pada pilihanraya umum akan datang bagi menubuhkan kerajaan, secara terang lagi bersuluh ianya jelas bercanggah dengan matlamat, tujuan dan fungsi Pas diasaskan.

    ReplyDelete