Sunday, 5 December 2010

Ucapan pelbagai bahasa curi tumpuan perwakilan

Najib memulakan ucapannya dengan mengucapkan Salam 1Malaysia dalam lapan bahasa bermula bahasa Malaysia, Yi Ge Malaysia (Cina), Oray Malaysia (Tamil), Ndi Malaysia (Bidayuh), Ji Malaysia (Orang Ulu), Ise' Malaysia (Kadazan Dusun), Saumi Malaysia (Murut) dan Sato Malaysia (Iban) menyebabkan hadirin bertepuk tangan tanda sokongan kepada gagasan 1Malaysia Perdana Menteri.
“Kata-kata tersohor orang Iban ‘Agi idup agi ngelaban’ atau selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Kata Orang Bajau di Sabah pula ‘Mangan niak mangan, asal kurung, kurung’, bermaksud makan atau tidak makan, asal kita masih hidup bersama-sama.
Najib berkata, sebagai pemimpin BN beliau mahukan semua pihak dalam parti itu memikirkan kepentingan rakyat melebihi daripada kepentingan sendiri, sesuai dengan falsafah Cina dalam bahasa Mandarin yang berbunyi ‘xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le’.

“Saya difahamkan ia bermaksud, ‘selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia,” katanya.
Beliau juga menggunakan falsafah Tamil berbunyi ‘Yipadai thorkin, yeapadai vehlum’ bermaksud ‘kalau pasukan ini (BN) tidak boleh memenangi peperangan, tiada pasukan lain boleh menang’. hb

No comments:

Post a Comment