RIYADH: Badan ulama tertinggi Arab Saudi mencabar polisi kerajaan untuk meluaskan peluang pekerjaan kepada wanita dengan mengeluarkan fatwa yang menegaskan golongan itu tidak patut bekerja sebagai juruwang di pasaraya, lapor satu kenyataan, semalam.
Fatwa yang dikeluarkan menegaskan ‘wanita tidak diizinkan bekerja di tempat yang bercampur dengan lelaki’, lapor laman berita Sabq.org. “Wanita perlu menjauhi tempat yang menjadi tumpuan lelaki. Mereka harus mencari pekerjaan yang baik supaya tidak menarik perhatian lelaki atau tertarik dengan lelaki,” kata kenyataan itu. Arahan itu dikeluarkan jawatankuasa Ulama dan Ifta, badan rasmi yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa atau peraturan keagamaan di bawah Majlis Ulama Kanan iaitu badan tertinggi yang menangani isu Islam di Saudi. Fatwa itu dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap pertanyaan sama ada wanita patut bekerja sebagai juruwang di pasaraya.
Arahan jelas fatwa itu ditanda tangani Ketua Majlis Ulama Kanan, Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz dan enam lagi anggota jawatankuasa fatwa.
Fatwa itu dikeluarkan kira-kira empat bulan selepas Kementerian Buruh secara rahsia membenarkan pasaraya di barat Jeddah mengambil pekerja wanita sebagai juruwang dalam usaha membuka peluang pekerjaan lebih luas kepada golongan itu yang terasing mengikut undang-undang ketat Sunnah Wal Jamaah di Saudi.
Syarikat pertama yang mengaplikasikan polisi itu ialah syarikat rangkaian Panda yang mengambil 16 kakitangan wanita untuk bekerja di pasaraya bandaraya Laut Merah sebagai percubaan.
Walaupun keadaan itu menimbulkan rungutan golongan ulama, namun tiada tindakan metro
No comments:
Post a Comment