Sunday, 28 November 2010

Apa itu Pemimpin yang Adil ?

Menurut Islam, sebuah pemerintahan yang tidak adil, akan jatuhlah ia kepada salah satu hukum fasiq, zalim atau kafir.Bergantunglah kepada bentuk bentuk atau sebab sebab penolakan mereka kepada hukum hukum ALLAH. Namun dalam hal ini perlu di ingatkan bahawa dalam Islam, hukum fasiq, zalim dan kafir ini bukan sahaja ditujukan kepada pemerintah sahaja tetapi siapa sahaja yang menolak hukum ALLAH sama ada dalam diri, rumah tangga, jemaah , pertubuhan , jawatan kuasa pertubuhan parti dan sebagainya
Rakyat juga tidak boleh mengata ngata pada pemimpin yang tidak adil saja, kerana pemimpin  itu naik dari rakyat.Bagaimana rakyat, begitulah pemimpin .Sebaik sebaiknya kedua dua rakyat dan pemimpin  taat pada ALLAH, barulah terbentuk keadilan yang sempurna. Untuk membentuk pemimpin yang adil adalah mengusahakan TAQWA di pihak pemimpin  dan rakyat. Sebab itu, bagi mereka yang merindukan negara kampung , qariah adil, aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH, taqwa mesti disediakan sebagai tapaknya olih pemimpin  dan juga rakyatatau anak qariah .

No comments:

Post a Comment