Adapun yang menjadi mereka benci dan mempertikaikan ialah pelaksanaan agenda ketuanan Melayu itu sendiri tidak adil yang dilihat tidak adil, boros dan hanya menguntungkan pihak tertentu saja - dalam hal ini elits Melayu dalam Umno. Ketuanan Melayu hari ini adalah ketuanan untuk mengenyangkan para taukeh-taukeh dan keroni saja.
Kalau diperhatikan ketuanan Melayu itu hanya dongengan saja. Apakah keistimewaan yang diperolehi orang Melayu dengan ketunaan Melayu itu? Tidak ada guna kalau hanya setakat boleh berbangga dengan songkok hitam yang mereng atau pun puncaknya tinggi setinggi gunung Tahan.
Perhatinkan macam mana dengan nasib orang Melayu dalam segala bidang. Tidak payah pergi jauh, perhatikan saja hak orang Melayu mengenai biasiswa? Hak orang Melayu mengenai tanah, hak orang Melayu dalam ekonomi. Hak orang Melayu tentang agamanya dan budayanya. Apa sudah jadi? Melayu kini laih, lemah dan mumai. Walhal kini Umno masih lagi beretorik dengan ketunaan Melayu. Apakah untungnya orang Melayu? sumber
No comments:
Post a Comment