Saturday, 20 November 2010

Penduduk Afghanistan tidak tahu mengenai serangan 11 September

KABUL: Kebanyakan penduduk di dua wilayah yang menyaksikan pertempuran paling sengit antara tentera asing dengan Taliban tidak pernah mendengar mengenai serangan 11 September 2001.
Kajian yang dijalankan di Helmand dan Kandahar bulan lalu menunjukkan 92 peratus daripada 1,000 responden tidak tahu mengenai serangan terhadap Washington dan New York yang menyebabkan Amerika Syarikat mengetuai serangan terhadap Afghanistan.

Hasil kajian itu diterbitkan semalam oleh Majlis Keselamatan dan Pembangunan Antarabangsa (ICOS) ketika pemimpin Nato bermesyuarat di Lisbon untuk menentukan penyerahan tanggung jawab keselamatan kepada tentera Afghanistan.

Sehubungan itu, ICOS mencadangkan supaya Nato meningkatkan usaha untuk meyakinkan penduduk Afghanistan bahawa kehadiran tentera asing adalah untuk kebaikan negara mereka.metro

No comments:

Post a Comment