Monday, 29 November 2010

Noh terima terus laporan jawatankuasa pemantau pertanian

SHAH ALAM 29 Nov. - Mulai tahun depan Bahagian Jawatankuasa Pemantauan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan diletakkan di bawah menterinya, Datuk Seri Noh Omar.
Noh berkata, langkah itu diambil untuk memantapkan lagi fungsi jawatankuasa berkenaan dalam membantu dan memastikan semua dasar serta polisi kementerian berjalan baik dan sampai kepada petani di seluruh negara ini.
Menurutnya, jawatankuasa berkenaan sebelum ini dikendalikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu.
''Pegawai-pegawai dari bahagian ini berperanan untuk membantu saya bagi memastikan bahawa dasar dan polisi kerajaan berjalan dengan baik.
''Tugas mereka turun padang ke kawasan-kawasan ditetapkan dan laporannya dikemukakan terus kepada saya untuk pelaksanaan," jelasnya.

1 comment:

  1. Ini menunjukkan kakitangan dibidang pertanian sudah lesu dan tidak berperanan dantidak boleh diharap lagi . Itulah kelemahan sistem kapitalis . Ajensi kerajaan dibidang pertanian hanya makan gaji buta sahaja .

    ReplyDelete