Monday, 22 November 2010

6,133 penjawat awam bermasalah

"Rakan pembimbing perlu mempamerkan diri mereka sebagai contoh kepada rakan sekerja yang lain dengan mengamalkan nilai-nilai positif dan menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi.
"Perlu diingatkan bahawa rakan pembimbing diwujudkan atas semangat 'rakan membantu rakan' dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban, keharmonian dan saling menghormati potensi diri masing-masing," katanya.
Dalam ucapan yang sama, beliau mencadangkan agar Bahagian Pengurusan Psikologi mengembangkan lagi peranan Akrab kepada pengamalan Buddy System.
Ini kerana, tambah beliau, sistem itu bukan hanya membantu rakan dalam menangani masalah tertentu tetapi sentiasa mengambil tahu dan mengikuti perkembangan rakan terbabit yang berkaitan dengan pekerjaan dan hal-hal peribadi.
"Ia sejajar dengan fitrah manusia yang sentiasa mahu diri disayangi dan dihargai, justeru konsep ini sememangnya terdapat dalam sistem itu," katanya. utusan

No comments:

Post a Comment