Gendang silat 4 beradik pukau MB
PADANG BESAR 22 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu 'terpaku' dengan persembahan mantap sepasukan gendang silat tradisional yang dimainkan oleh empat beradik di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi di sini petang semalam.Isterinya, Datin Seri Asiah Asmuni yang mengiringi Md. Isa bagi merasmikan Majlis Penyampaian Sijil dan Demonstrasi Seni Silat Bunga Cawangan Titi Tinggi di sekolah itu, turut terpegun dengan kehebatan mereka.
Empat beradik tersebut, Mohd. Huzaifah Abdul Karim, 20, Mohd. Hanan, 13, Siti Amirah, 10, dan Muhamad Aras, 6, adalah anggota Kumpulan Gendang Warisan Titi Tinggi yang membuat persembahan sempena majlis berkenaan.
Dalam kumpulan tersebut, Mohd. Huzaifah sebagai peniup serunai, Mohd. Hanan menjadi pemain gong, Siti Amirah pula mengalunkan paluan 'gendang anak' manakala adik mereka yang masih belajar di tadika, Muhamad Aras bermain 'gendang ibu'. link
No comments:
Post a Comment