Peranan raja masih relevan - Dr. Shad
SHAH ALAM 29 Nov. - Pakar undang-undang perlembagaan, Prof. Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, peranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai raja berperlembagaan digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh di negeri masing-masing.Menurutnya, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan kuasa-kuasa baginda di dalam pelbagai perkara.
Justeru, tegas beliau, keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh dicabar kerana ia jelas dilakukan mengikut perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh negeri itu.
Begitu juga, katanya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri, menteri Kabinet dan timbalan menteri untuk menasihati baginda dalam tugas-tugas baginda.
''Kuasa-kuasa ini diperuntukkan dalam perkara 43(1),(2) dan 43A Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam Wacana "Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan" di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment