Orang kita tidak habis-habis dengan anugerah, sehinggakan hendak berak dan kencing pun perlu ada anugerah!
Saya tidak menyalahkan pihak pengurusan rumah ibadat itu, sebaliknya lebih menyalahkan pengguna @ orang Islam. Sekiranya mereka memahami dan mematuhi peraturan kebersihan agama, tentu tandas di surau dan masjid kita sentiasa bersih.
Islam mengutamakan kebersihan, sayangnya tandas di negara Islam – termasuk di rumah Allah – dalam keadaan kotor. Berbeza dengan tandas awam di kebanyakan negara bukan Islam, Jepun sebagai contoh. Mengapa orang kafir lebih bersih daripada orang Islam? selanjutnya
Mereka belum 'beriman' dengan kebersihan dalam erti kata sebenarnya. Kefahaman tentang kebersihan hanya sekadar di lidah. Belum menyelinap benar-benar di fikiran.
ReplyDelete