Monday, 22 November 2010

JAIS tidak benar Nizar beri ceramah agama

SHAH ALAM 22 Nov. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta pentadbir Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini membatalkan program ceramah agama oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin malam esok kerana tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.
Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, sehubungan itu pihak berkenaan diminta mengubah lokasi ke tempat lain yang tidak terikat dengan syarat-syarat tauliah ditetapkan oleh jabatan berkenaan sekiranya masih mahu meneruskan program ceramah tersebut.
''Saya telah arahkan Kadi Kuala Selangor, Hashim Muhamad yang kemudiannya telah memaklumkan kepada nazir masjid di bawah pemantauan masjid tersebut, Aziz Safri tentang keputusan JAIS itu,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, JAIS memang tidak membenarkan Mohamad Nizar memberi ceramah agama di Selangor kerana dia tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu. utusan

1 comment:

  1. Kalau di masjid tidak boleh , carilah tempat lain , yang penting message itu sampai . Jangan berkeras kepala , akhirnya kedua - dua rugi .

    ReplyDelete