Wednesday, 1 December 2010

Setiap Parti Politik Malaysia Terpengaruh Dengan Budaya Umno

Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Kejulingan dan kepencongan pandangan dari satu jalur kabilah PKR, DAP dan Pas ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini muncul kulit Melayunya. Kenapa kabilah Pas ini muncul kulit tidak Islamnya. Dan kenapa kabilah DAP muncul kulit keCinaannya.

Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakloki kesemua jalur dan lembaga-lembaga budaya tanah air kita. Kepencongan pandangan yang kita dengar dari PKR , PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masaalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.
Dalam kepala mereka adalah fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju , seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.

Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran saperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah mereka akan memberatkan saku perjuagan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus menggangu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia Baru. sumber

No comments:

Post a Comment