Pemilik hospital, isteri, anak antara 6 direman
2010/11/03
KUALA LUMPUR: Enam suspek yang ditahan kerana dipercayai menjalankan kegiatan penjualan bayi di sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini, kelmarin ditahan reman selama tiga hari bermula semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata semua mereka termasuk pemilik hospital berkenaan yang juga doktor bergelar Datuk, isterinya dan anak perempuan mereka serta tiga jururawat hospital itu dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di sini untuk mendapatkan perintah reman kira-kira jam 11 pagi semalam, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk disoal siasat. bharian
No comments:
Post a Comment