Mengaku ketagih mencuri
Lee Siew Lee, 32, yang mengaku mempunyai tabiat suka mencuri itu dihukum lima hari penjara dan denda RM2,000 atas tuduhan mencuri dua produk kesihatan bernilai RM178.80 di sebuah farmasi, minggu lalu.
Majistret Hafizza Sauni menjatuhkan hukuman itu selepas Lee mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Beliau memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh penganggur itu ditangkap iaitu pada 4 November lalu dan sekiranya gagal menjelaskan denda, hukuman tambahan enam bulan penjara boleh dikenakan.
Lee kelihatan muram dan menangis ketika mendengar keputusan itu.
Dia yang mengaku bekas penagih dadah didakwa mencuri sebotol minyak ikan jenis Kordel’s Wild Alaskan Salmon Oil (1000 mg) dan sebotol XPERTISE Tummy Tight di farmasi Watson’s Sungai Wang Plaza, Jalan Sultan Ismail di sini, jam 7.10 malam, 4 November lalu. metro
No comments:
Post a Comment