Tuesday, 2 November 2010

Memartabatkan sistem kehakiman syariah - Jamil Khir Baharum

Umur bersara hakim 66 tahun


JAMIL Khir Baharom melihat kecederaan Mohd. Ajril Azizi yang terlibat dalam kemalangan di Hospital Selayang, semalam.


SEREMBAN 2 Nov. - Kerajaan melanjutkan had usia persaraan hakim Mahkamah Syariah daripada 58 tahun kepada 66 tahun mulai tahun ini, selaras matlamat menambah baik sistem kehakiman syariah di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu juga selaras dengan had usia persaraan hakim Mahkamah Sivil.
"Keputusan ini diharap meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agar hakim yang baru dapat menimba pengalaman daripada hakim yang senior ini. utusan

2 comments:

  1. Dalam ucapannya, Jamil Khir berkata, seminar seperti itu sangat penting dan bernilai tinggi dalam membantu menambah baik serta memartabatkan sistem kehakiman syariah.

    "Pengetahuan lebih bersifat holistik sebegini diharap membantu pengamal undang-undang syariah dalam mencari jawapan dan penyelesaian kepada permasalahan serta isu syariah yang makin kompleks," katanya.

    Tambahnya, adalah penting untuk mereka sentiasa selari dengan arus semasa, kreatif dan proaktif dalam merungkai isu-isu yang timbul dan dalam mentafsir undang-undang syariah berlandaskan pada hukum syarak.

    ReplyDelete
  2. "Pemisahan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah tidak wajar dilihat sebagai penyelesaian muktamad, malah memerlukan penggemblengan tenaga dan usaha yang berterusan ke arah memartabatkan undang-undang syariah di negara ini," katanya.

    Beliau berkata, inisiatif yang konsisten perlu untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap keunggulan undang-undang Islam dalam menjamin keadilan kepada semua pihak tanpa batasan bangsa atau agama.

    ReplyDelete