Merapi paksa penerbangan dibatalkan
| |
| SEORANG wanita mengumpul rumput untuk makanan kerbaunya di Klaten, Jawa tengah dengan Gunung Merapi kelihatan masih menghamburkan debu dan asap panas ke udara, semalam. - AFP |
GUNUNG MERAPI 2 Nov. - Gunung Merapi memaksa syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa, AirAsia dan SilkAir membatalkan penerbangan ke lapangan-lapangan terbang berdekatan hari ini, sementara lahar terus menerangi kawah gunung berapi itu dan kepulan asap hitam memenuhi udara.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, Bambang Ervan berkata, amaran rasmi dikeluarkan kepada semua syarikat penerbangan supaya mengelakkan laluan tertentu di Jawa Tengah dan 'menggunakan laluan alternatif atas sebab keselamatan disebabkan abu gunung berapi'. utusan
No comments:
Post a Comment