RM214j untuk pasu China abad ke-18
| |
| GAMBAR yang disumbangkan oleh Bainbridge menunjukkan pasu China termahal dunia yang dilelong di London, kelmarin. - AP |
LONDON 12 Nov. - Sebuah pasu China kurun ke-18 yang ditemui ketika mengosongkan rumah berjaya dijual dengan harga mengejutkan setinggi 43 juta pound (RM214 juta) pada satu lelongan di sini semalam.
Pasu porselin Qianlong, berukuran 40 sentimeter tinggi yang dijual syarikat lelongan Bainbridges, difahamkan telah dibeli oleh seorang pembeli China.
Selain daripada harga asal, pembeli juga perlu membayar yuran sebanyak 20 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan harga pasu itu bernilai 51.6 juta pound (RM256.4 juta).
Ia dikatakan harga tertinggi yang pernah dibayar untuk hasil seni China pada jualan lelong dan menjadikan pasangan abang dan adik perempuan yang mewarisi pasu itu selepas ia ditemui di sebuah rumah di bandar kecil di utara London kepada jutawan segera.
"Mereka tidak tahu apa yang mereka miliki. Mereka menaruh harapan tetapi mereka tidak berani untuk mempercayainya sehingga tukul lelongan diketuk.
"Apabila bidaan selesai, adik perempuan itu keluar dari bilik lelongan untuk menenangkan fikiran," kata jurucakap Bainbridges, Helen Porter. utusan
No comments:
Post a Comment