Friday, 5 November 2010

Editor sudah macam Tuhan yang perlu disembah

“Kalau politik kian kotor, kerja editor pun seperti itu!” Itu sungutan seorang sahabat. Aku hanya terpinga-pinga kerana tidak mampu bersuara. Hilang daya kuasa untuk menulis. Ukuran bagaimana lagi yang harus aku lakukan jika keadaan terus begini. Akulah seorang penulis yang dibiarkan oleh editor seorang Tuhan.
Aku masih menjejak kembali kata-kata seorang editor yang pernah menabur janji manis. Janji-janji manis itu lebur menjadi kata-kata keji dan marah. “Tolong nasihatkan rakan kau ini.” Itu peringatan dia melalui rakan penulis aku. Dalam masa yang sama aku susulkan e-mel kepadanya dengan peringatan agar menepati janji. Atau sekurang-kurangnya beri ruang sepatah perkataan untuk karyaku diterbitkan. Alangkah bongkaknya dia, menaburkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Inilah detik-detik tamatnya hubungan manis kami. Juga, telah lebur harapanku. Aku kembali mengingati doaku kepada Tuhan yang pada suatu ketika dulu aku mengharapkan dia sihat dan sembuh daripada penyakitnya. Syukur dia benar-benar sihat, tetapi itulah balasannya. Kini, dia menganggap aku penulis yang tidak patut diberi ruang kerana aku tidak patut maju seperti penulis pujaannya. Aku bukan bangsanya dan aku tidak patut dimajukan.
Sesudah detik itu, aku paling benci kepadanya. Aku memang tidak berniat menghantar karya kepada majalahnya. Aku juga tidak mahu menghantar karya ke Utusan Berangkai kerana editor jenis muka bertalam dua akan memilih karya dari rakan-rakan mereka. Malah mahkamah sastera sudah kelompok mereka genggam. Semua penulis tahu yang mereka hanya memilih karya rakan mereka sahaja. Mereka ini diberi ruang dengan menutup ruangan penulis lain. Oleh kerana itulah sikap tidak sihat mereka sudah diketahui orang ramai. Biarlah orang ramai yang menjadi hakim kepada kelompok mereka ini.

Isu buku etnik kebangsaan menjadi isu besar. Pemimpin sering memilih karya bangsa kerabatnya. Bicara mereka berlegar besar agar karya etnik diberi ruang. Agar semua masyarakat berdiri sama tinggi. Agar karya dari negeri bumi kami dan negeri di bawah angin juga diberi perhatian. Namun, karya-karya etnik juga tidak diberi ruang. Mereka inilah yang menenggelamkan karya kami. Mereka ini masih menerbitkan karya-karya kerabat mereka.
Biodata Penulis:

JAYA Ramba, penulis Iban yang dilahirkan di Tinjar Baram, juga menggunakan nama Jay R Miri untuk genre puisi. Pemegang Sarjana Muda Pengurusan dan Pentadbiran (Kepujian), kini berkhidmat di Jabatan Kewangan, Lembaga Air Kawasan Utara Sarawak, Miri. Antologi puisinya Wajah Kita Bandar Kita (2003), Kota Gemilang Warisan Kita (2004), Pelagus (2004), Getus Fikir (2004), Penangkap Rama-rama dan Kelawar (2005). Antologi cerpennya ialah Karya Sasterawan (2005), Seikhlas Bicara, Pelagus, Kepanasan Seketul Salji Hitam (2006) dan Memori Sebuah Rindu (200), Sea of Rainbow-cerpen Ngayap(2009). Sudah menghasilkan ebih 10 novel dan antaranya Senja Cinta Warisan (2003), Dendam Asmara (2004), Sempadan Dendam (2003), Bara Yang Menyala (2009), Indu Iban Ti Penudi (2010). Memenangi Hadiah Pertama Pertandingan Cerpen Jubli Perak Negeri Sarawak (Pahat Masih Berbunyi), Hadiah Ketiga Pertandingan Novel DBP-SHELL (Bara Yang Menyala) dan Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak 2004, 2005, 2006 dan 2007. Hadiah Pertama Pertandingan Cerpen Jubli Perak Negeri Sarawak, Pertandingan Novel DBP-SHELL (Bara Yang Menyala) dan Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak 2004, 2005, 2006 dan 2007. Menang Tempat Kedua Peraduan Menulis Cerpen Pelbagai Kaum Malaysia 2005. Menang Hadiah Utama Menulis Cerita Legenda Miri 2006. Pernah menyertai Bengkel Penulisan Novel (MASTERA-Majlis Sastera Asia Tenggara) di Bogor, Jakarta, Indonesia (Ogos, 2006). Menyertai Bengkel Penataran Penulis Muda Borneo-Kalimantan, di Kalimantan Barat, 2004. Kini Setiausaha 1, Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA). Karyanya pernah terbit di Utusan Sarawak, Utusan Borneo, Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Jendela Sarawak dan Harian Equator-Kalimantan Indonesia. Juga sudah menerbitkan album pertama. Sekarang menyiapkan album kedua dalam bidang nyanyian. Bakal mengarah filem sendiri. bharian

No comments:

Post a Comment