Kalah kerana Nik Aziz
| |
| ANGGOTA Polis mengawal kehadiran penyokong Pas yang cuba bertindak agresif dengan berasak asak pada majlis pengumuman penamaan calon untuk DUN Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. |
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seharusnya tidak terus dengan sikap prejudisnya terhadap kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihan raya termasuklah di Galas pada Khamis lalu.
Sebaliknya sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz yang kenyataannya sering kali dianggap seolah-olah ‘satu perkara’ yang tidak boleh diingkari perlu menyalahkan diri sendiri terhadap apa yang berlaku di Galas.
Ia kerana Nik Abdul Azizlah yang menjadi punca utama Pas tewas di Galas. Sebagai menteri besar, beliau telah gagal memastikan segala janji yang dibuat kepada penduduk di kawasan itu pada tahun 2008 ditunaikan, sebagai mursyidul am, beliau bertanggungjawab memilih calon parti itu, Dr. Zulkefli Mohamed, biarpun ramai ahli Pas dikhabarkan tidak bersetuju dengan pemilihan berkenaan. utusan
No comments:
Post a Comment