Runtuhnya Melayu Singapura
DALAM memoirnya, The Singapore Story, Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menceritakan ketika serangan Jepun ke atas Singapura dalam tahun 1941, beliau yang sedang berjalan kaki dari Teluk Kurau ke Norfolk Road telah melihat orang-orang Melayu mencuri kerusi dan meja dari rumah rumah besar. Tetapi orang-orang Cina mencuri barang-barang keperluan dan barang kecil yang ringan dan lebih berharga.Sebuah buku lagi mengenai Kuan Yew, The Man and His Ideas telah memetik tulisan seorang sosiologis Barat, Judiht Jumour, isteri kepada seorang profesor antropologi University of London mengenai Malay kinship and Marriage in Singapore akhir 1940 dan awal tahun 1950 yang diterbitkan oleh London School Of Economic.
Jumour mengemukakan perbezaan nilai Melayu dan Cina Singapura. Orang Cina Singapura pada keseluruhannya menganggap pencarian kekayaan suatu matlamat hidup yang sangat penting dan mereka adalah pekerja yang rajin dan peniaga yang berminat. Sebaliknya Melayu Singapura mengutamakan kehidupan yang mudah dan santai.
Sebagai contoh beliau memberikan anekdot tentang seorang jiran Melayunya yang mempunyai suami yang berkerja sebagai pemandu lori berpendapatan $120 sebulan. Suatu hari dia memberitahu bahawa dia sangat gembira kerana suaminya telah mendapat kerja baru menjadi pemandu sebuah van kecil dengan gaji $80 sebulan.
Bagi wanita Melayu ini, keadaan ini adalah lebih baik kerana masa kerja yang lebih pendek dari memandu lori dan kurang memenatkan, suaminya boleh pulang ke rumah lebih awal di sebelah petang dan mempunyai banyak masa untuk bersenang senang, lebih baik dari kerja sehingga pukul 9 atau 10 malam dan mendapat $120 sebulan. Apa gunanya mempunyai gaji besar jika tidak mempunyai masa untuk berehat. Lagipun membawa lori mengotorkan baju, tetapi dengan kerja baru ini, isterinya tidak perlu lagi melakukan banyak kerja membasuh.
Banyak lagi anekdot yang dikemukakan oleh Kuan Yew dalam buku ini yang memberikan persepsinya terhadap nilai dan sikap orang Melayu. Berasaskan kepada perjuangan politiknya sesudah menyertai Malaysia dan setelah keluar dari Malaysia maka jelas bahawa beliau mempunyai pandangan yang sama terhadap orang Melayu hingga hari ini.
Penilaian ini tidak semestinya benar sepenuhnya kerana ketika Kuan Yew melihat orang Melayu tidak tahu menilai mana lebih penting antara perabot atau makanan dalam keadaan peperangan, beberapa orang wartawan Melayu yang diketuai oleh seorang bernama Yusof Ishak berasal dari Perak dengan beberapa orang lagi wartawan dan pekerja bahagian cetakan sedang berkerja di sebuah bangunan di Queen Street Singapura, bagi memastikan akhbar Utusan Melayu dapat berada dipasaran pada esoknya. Mereka tidak mempedulikan bom sedang digugurkan. utusan
No comments:
Post a Comment