Saturday, 6 November 2010

Inilah Delima Melayu Bukan Apa Sangat Tapi Jahil

Seorang makhluk ditakdirkan hidup

KETIKA sedang bersembang dengan kawan-kawan pelbagai kaum, ertinya ada Melayu, Cina dan India; tiba-tiba timbul pertanyaan kepada penulis: Adakah kamu Malay first, Malaysian first atau Muslim first?
Maknanya adakah penulis ini menganggap diri sebagai seorang Melayu dulu, rakyat Malaysia dulu atau sebagai seorang Islam dulu, baru yang lain. Tidakkah soalan ini nakal?
Kalau penulis kata Melayu dulu, tentu rakan Cina dan India berasa hati, seolah-olah penulis menganggap menjadi rakyat Malaysia adalah soal kedua dan bukannya utama. Kalaulah penulis kata penulis menganggap diri sebagai warganegara Malaysia dulu, barulah Melayu, maka tentu kawan Melayu itu akan tersinggung juga, seolah-olah penulis ini tidak mengutamakan bangsa sendiri.
Tetapi tanggapan mengenai Muslim first lagi menyusahkan. Sebagai seorang Islam tentulah orang Islam akan mengutamakan agamanya daripada yang lain. Apa yang lebih penting daripada agama dan Tuhan? Tidak ada lain yang lebih penting daripada agama. Soal bangsa dan negara jatuh ke bawah berbanding agama.
Tetapi apabila disebut Muslim first, orang Melayu boleh menerimanya dengan menganggap bahawa seorang Melayu mestilah Islam, jadi Melayu dan Islam itu seiringan. Tetapi bagi orang bukan Islam apabila mendengar Muslim first tentu mereka berasa tersinggung dan terpinggir.
Tidakkah boleh seseorang itu sebut sebagai Malaysian first, yang bererti seorang itu boleh jadi Melayu, Cina dan India, serta beragama Islam atau bukan Islam tetapi kesemuanya terkandung ke dalam Malaysian first. Oleh itu orang Melayu dan Islam tidak harus berasa tersinggung apabila ada orang menyatakan dirinya Malaysian first dan tidak Malay first kerana dalam Malaysian ada Melayu.
Kalau hendak pergi lebih jauh, apabila ditanya sama ada penulis ini Malays first, Malaysian first atau Muslim first maka jawapan yang wajar diberikan ialah “Saya ini manusia dulu, human first” baru yang lain-lain. utusan

Membudayakan jihad bisnes




‘‘JIHAD bisnes akan menyedarkan kita bahawa kita berjuang bukan untuk peribadi. Kita mempunyai ramai ahli korporat yang berjuang, menerajui syarikat besar untuk kerajaan dan masyarakat. ‘‘Sebenarnya orang Melayu tidak lemah dalam ekonomi tetapi individu Melayu.’’ Penegasan itu dilontarkan tokoh korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang berlangsung kira-kira dua jam.
Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp itu yakin, konsep jihad melalui bisnes amat penting untuk memastikan taraf ekonomi Melayu dan Islam berkembang. utusan

No comments:

Post a Comment