Kuasai ilmu, fahami dasar kerajaan - TPM
LEDANG 6 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta setiap lapisan masyarakat menguasai ilmu dan maklumat bagi memahami dasar-dasar kerajaan yang bermatlamat memajukan lagi negara.Tegas beliau, usaha rakyat untuk menjadi lebih berpengetahuan akan membolehkan mereka mengetahui tohmahan yang dilemparkan parti pembangkang boleh membantutkan usaha membangunkan negara.
"Rakyat perlu lebih bermaklumat, mereka sepatutnya faham mengenai dasar-dasar kerajaan supaya memahami setiap pembangunan dilakukan.
"Setelah lebih 50 tahun negara merdeka, tidak pernah kita (kerajaan) melakukan sesuatu yang membawa kesan buruk, tidak pernah kita hendak merosakkan kehidupan rakyat dan boleh membawa bencana kepada negara, ini dasar kita dari dahulu sehingga kini," katanya.
Beliau berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat di Dewan Geliga, Kampung Gersik di sini hari ini. utusan
No comments:
Post a Comment