Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut penting kerana jika tidak dibendung dengan segera, fahaman melampau itu akan menimbulkan keresahan serta perbalahan dalam masyarakat.
Bagaimanapun beliau menegaskan, dalam usaha pendakwah untuk muncul sebagai pembawa obor kebenaran bagi memperbetulkan segala persepsi dan kekeliruan tentang Islam, golongan itu perlu mengambil pendekatan bersederhana.
"Sebagai golongan yang dihormati dalam masyarakat, saya percaya para da'i (pendakwah) dapat memainkan peranan memperjelaskan kebenaran Islam dengan lebih berkesan dan seterusnya menyatukan umat Islam.
"Justeru, para da'i perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu mendalam tentang Islam, bersedia dengan hujah bernas serta nas-nas sahih bagi menghapuskan segala kekeliruan dan prasangka terhadap Islam," katanya.
Beliau berucap pada majlis akan malam sempena Sambutan Jubli Emas, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini malam ini.
Sementara itu, pada majlis sama, Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan buku koleksi ucapan Dr. Mahathir yang bertajuk 'Tajdid Pemikiran Islam Tun Dr. Mahathir'. utusan
No comments:
Post a Comment