Halang kumpulan ekstremis
| |
| Taib Mahmud (kiri) menyampaikan replika cek RM200,000 pada Dr. Mahathir Mohamad sambil diperhatikan oleh Jamil Khir Baharom semasa sambutan ulang tahun ke-50 Perkim di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam. |
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan sederhana supaya bersatu bergerak secara jemaah untuk menghalang mana-mana kumpulan ekstremis baik di dalam atau di luar negara.
Beliau berkata, sepanjang sejarah, agama Islam tidak pernah dibina atau disebarkan melalui tindakan agresif, kekerasan atau terorisme.
“Jika pendapat itu diterima, secara tidak langsung kita terpengaruh dengan dakyah bahawa Islam berkembang melalui perang dan pedang seperti juga penipuan fakta yang didakwa golongan ekstremis ini.
“Sebaliknya, Islam tersebar luas ke seluruh dunia termasuk ke negara kita secara dakwah berasaskan sunah Rasulullah SAW seperti penampilan akhlak terpuji dan mulia, perasaan kasih sayang, hormat menghormati, integriti dan kesederhanaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Jubli Emas 50 Tahun Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini. utusan
Kedua dua pihak l saling lawan melawan curah idea saja . Pas umno 2x5 . Yang dok terkena yang bengong
ReplyDelete